Penyakit Was Was

Sejak kebelakangan ini saya, ramai juga pesakit yang menghidap penyakit was was ataupun OCD ataupun penyakit obsesif kompulsif telah datang ke klinik saya. Biasanya, tema yang diceritakan lebih kepada beberapa eleme yang diantaranya adalah

  • Kebersihan
  • Agama
  • Teratur/symetri

Biasanya juga simtom yang dialami telah lama berada bersama mereka akan tetapi, bila kita berjumpa keadaan telah pun melarat ke peringkat yang agak serius. Pada masa yang sama, kebiasaanya, mereka-mereka ini tidak dapat berfungsi di rumah dan juga di tempat kerja/sekolah.

Isu ini melbatkan dua perkara iaitu, simtom obsesif dimana individu tersebut akan sering memikirkan sesuatu, dimana idea/fikiran itu datang dengan sendirinya, fikiran itu bukan dari orang/benda/fenomena lain tetapi memang dari tuan punya badan. Fikiran itu TIDAK diingini mahupun disukai. Ia tidak boleh dilupakan dan oleh kerana itu, sering individu tersebut akan gelisah/resah!

Perbuatan kompulsif pula adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan selepas adanya fikiran obsesif tersebut yang mana tujuannya adalah untuk mengurangkan rasa resah tersebut. kadangkala ia akan menjadi lebih kompleks dan juga lebih lama. Ada juga dimana, perbuatan ini agak merbahaya contohnya memukul kepala sendiri beberapa kali.

Prevalen penyakit ini sangat rendah iaitu 1% sahaja tetapi oleh kerana jalan cerita mereka ini agak menarik, saya berpendapat isu ini di ketengahkan oleh orang ramai. Rawatan yang ada memerlukan saringan terdahulu oleh kerana kadangkala ada penyakit lain yang boleh mimik simtom OCD ini.

Maklumat lanjut boleh didapati di tulisan ini;

Obsessions & Compulsions, When Do They Become an Illness? – Dr Amer Siddiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *