Isu Kesedaran Kesihatan Mental

Semakin hari semakin banyak isu-isu kesihatan mental yang saya dengari. Malahan, semakin hari banyak undangan dan temuramah yang di jemput untuk saya berkolaborasi didalam bidang kesihatan mental ini. Alhamdulillah, dapat juga saya merasai situasi begini berlaku di Malaysia.

Saya masih ingat semasa training susah sekali untuk situasi ini berlaku. Pada masa itu, kami semua cuba mendapat undangan tetapi masyarakat lebih berminat dengan isu jantung dan kencing manis. Isu-isu yang penting, tetapi saya beranggapan bahawa, isu kesihatan mental juga sama penting. Oleh kerana, kurangnya peluang semasa itu, pesakit saya akan ke hospital lewat, penyakit mereka melarat, malahan mereka tidak tahu pun kewujudan ahli perubatan didalam bidang psikiatri ini, maka ramai pesakit kami akan ke bomoh-bomoh dan rawatan tradisional tanpa peluang untuk kami membantu. Satu kajian yang dibuat di UM menunjukkan bahawa sebelum berjumpa kami, pesakit akan ke rawatan alternatif dan kami hanya akan berjumpa dengan pesakit tersebut 3 tahun selepas simptom bermula. Terlalu lama! Jika anda semua mendengar podcast saya berkenaan dengan skizofrenia dan rawatan injeksi, maka anda akan tahu bahawa kalau dah 3 tahun, kerosakan pada otak telah berlaku dan sukar diubati.

Akan tetapi juga, rawatan kesihatan mental dan pasukan perawatnya bukan hanya melibatkan doktor. Saya cuma salah seorang ahli pasukan kesihatan mental. Ada beberapa ahli kesihatan mental yang lain yang menjayakan rawatan dan pemulihan pesakit kami ini. Didalam pasukan kami ada jururawat, occupational therapisy, kaunselor, psikologist, social worker dan lain-lain. Malah, pada tahun ini, saya akan melancarkan Bulan Kesedaran Mental dan juga Pameran Lukisan oleh pesakit mental di Universiti Malaya pada bulan Oktober. Kita perkenalkan semua ahli kita supaya ramai yang akan tahu mengenai bidang kerja hero dan heroine ini.

Sementara menunggu bulan sepuluh nanti, bolehlah ikuti kami di twitter, insta dan fb. Harapan kami bahawa anda semua akan tahu apa yang kami membantu dan senanglah berjumpa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *